UPCOMING EVENT

  • APRIL 2016 +

    1.SESSION WITH INDUSTRY: BINA DARULAMAN BERHAD 2. SESSION WITH INDUSTRY: INTEL Read More
  • MAY 2016 +

      1. MOU SIGNING CEREMONY WITH SURANAREE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, THAILAND 2. ROUND TABLE DISCUSSION WITH INDUSTRIES Read More
  • 1

INTERNSHIP OPPORTUNITIES

  • Internship for Human Resource Management Students +

          Internship for Human Resource Management Students  During the internship period, you will be exposed to these areas: Read More
  • Internship for accounting/finance students +

      Glad to inform you - Wilmar GBS provide an internship and career opportunity for interns and accounting/finance graduates. Wilmar has Read More
  • 1

UUM ONLINE: Seramai 50 pelajar tahun akhir dari pelbagai pusat pengajian telah mengikuti 'Intel-UUM Networking Session' yang diadakan di Dewan Auditorium Perpustakaan Sultanah Bahiyah, pagi ini.

 Program anjuran Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang salah satu syarikat pengeluar cip semikonduktor terbesar dunia tersebut, sekali gus memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk menjalani latihan praktikum di syarikat tersebut.

 Pengerusi Program Bahagian Penempatan Praktikum CUIC, Prof Madya Dr Azizi Abu Bakar yang mewakili Pengarah CUIC berkata, pihaknya berterima kasih kepada Intel kerana memilih UUM untuk menjalin kerjasama khususnya melibatkan penempatan pelajar praktikum kelak.

 "Saya berharap kerjasama ini akan berkekalan dari semasa ke semasa dan pelajar UUM terus diberi peluang bukan sahaja menjalani praktikum di Intel, malah diberi kepercayaan untuk menjadi kakitangan Intel kelak," katanya.

 Terdahulu, pelajar diberi taklimat tentang Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) yang disampaikan oleh Dr Awan Ismail.

 Sepanjang program berlangsung, pelajar mengikuti empat (4) sesi bersama Intel yang diketuai Recruiter and College Program Advisor Intel Malaysia, Hoe Kah Wai iaitu sesi pertama 'Overview of Intel Malaysia', sesi kedua 'IT Rotation Program', sesi ketiga 'Special Program: Accounting and Finance' dan 'UUM Success Story, Career path at Intel Malaysia