Page Title
Kindly settle your debt to Jabatan Bendahari in order to undergo the practicum. Please contact CUIC Service Desk(04-9284917) for more information. Thank You.

INTEL INDUSTRIAL TALK & INTERVIEW SESSION

Intel 1

Intel 2

PELAJAR UUM BERPELUANG TIMBA PENGALAMAN DENGAN

INTEL TECHNOLOGIES (M) SDN. BHD.

Sebagai sebuah pusat yang menghubungkan universiti dengan industri, baru-baru ini Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah menganjurkan program Industrial Briefing & Interview Session with Intel Technologies (M) Sdn. Bhd. Program ini diadakan bagi membuka peluang kepada pelajar tahun akhir khususnya pelajar-pelajar dari program Perakaunan dan Kewangan yang akan menjalani praktikum pada sesi Februari 2019.

Program tersebut dimulakan dengan ucapan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sobri Don, Pengarah CUIC yang mengalu-alukan kedatangan wakil Intel Technologies (M) Sdn. Bhd. ke Universiti Utara Malaysia (UUM). Beliau berkata pelajar UUM beruntung kerana mendapat peluang menimba pengetahuan dan pengalaman apabila menjalani praktikum di Intel Technologies (M) Sdn. Bhd. yang merupakan salah satu syarikat gergasi bertaraf multinasional.

Seterusnya wakil dari Intel Technologies (M) Sdn. Bhd., Encik Selvarajah Sanjeev, Pengurus Kanan Bahagian Kewangan telah menyampaikan taklimat berkaitan Intel Technologies (M) Sdn. Bhd. dan seterusnya disusuli dengan sesi temuduga bagi pelajar yang berminat untuk menjalani praktikum di syarikat tersebut. Seramai 20 orang pelajar dari Program Perakaunan dan Kewangan telah menghadiri sesi temuduga tersebut dan pihak Intel Technologies (M) Sdn. Bhd. berpuas hati dengan tahap kebolehan pelajar UUM dalam sesi temuduga tersebut.

Program ini juga telah dihadiri oleh beberapa orang wakil dari Intel Technologies (M) Sdn. Bhd. dan pegawai-pegawai dari CUIC.

Habis.

Comments:

Centre for University-Industry Collaboration (CUIC),Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok,
Kedah Darul Aman, MALAYSIA

Tel: 04-9284927 / 4929 ,Fax : 04-9284932 Ι Email:  cuicnet@uum.edu.my
Best viewed using All Browsers Available with the resolution of 1024 x 768