All News

CUIC MENGORAK LANGKAH BERSAMA JPN KEDAH

 

berita2

 

Berita oleh : Sharifah Musa

Gambar : Pusat Kerjasama Universiti-Industri

 

CUIC-UUM : Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan bersama Tuan Haji Rozaini bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bagi menyampaikan hasrat untuk menjalinkan kerjasama melaksanakan Program UUM Milik Rakyat, selaras dengan hasrat Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah untuk mengadakan program bagi membantu komuniti terutamanya sekolah-sekolah di Negeri Kedah.

Program UUM Milik Rakyat ini merupakan satu program khas tanggungjawab sosial (University Social Responsibility-USR) universiti bagi membantu memantapkan pengurusan dan kepimpinan sekolah, meningkatkan kualiti pengajaran, memaksimumkan potensi murid dan memperkukuh penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti serta pihak berkepentingan lain.

Tuan Haji Rozaini amat berbesar hati menerima kehadiran wakil UUM dan menyambut baik hasrat kerjasama yang dihulurkan. Beliau juga berharap agar lebih banyak peluang kerjasama dapat dilaksanakan oleh pihak UUM dalam membantu sekolah-sekolah di Kedah.

Turut hadir dalam perbincangan ini Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman, Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), Dr. Norizan Haji Azizan, Timbalan Pengarah Bahagian Jaringan Industri, CUIC dan Encik Muhammad Husaini bin Salleh, Timbalan Pengarah Bahagian Komuniti, CUIC.