UPCOMING EVENT

  • APRIL 2016 +

    1.SESSION WITH INDUSTRY: BINA DARULAMAN BERHAD 2. SESSION WITH INDUSTRY: INTEL Read More
  • MAY 2016 +

      1. MOU SIGNING CEREMONY WITH SURANAREE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY, THAILAND 2. ROUND TABLE DISCUSSION WITH INDUSTRIES Read More
  • 1

INTERNSHIP OPPORTUNITIES

  • Internship for Human Resource Management Students +

          Internship for Human Resource Management Students  During the internship period, you will be exposed to these areas: Read More
  • Internship for accounting/finance students +

      Glad to inform you - Wilmar GBS provide an internship and career opportunity for interns and accounting/finance graduates. Wilmar has Read More
  • 1

UUM ONLINE:  Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Princess of Naradhiwas University (PNU), Thailand menguatkan lagi jaringan kerjasama kedua-dua universiti tersebut di peringkat antarabangsa.

 Majlis menandatangani MoU yang disempurnakan oleh Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak mewakili UUM dan Presiden PNU, Prof Madya Dr Rossukon Sangmanee mewakili PNU telah berlangsung di Balai Tamu, Bangunan Canselori, pagi tadi.

 Naib Canselor dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada PNU kerana memulakan langkah mengadakan sinergi kerjasama akademik dengan UUM.

 Katanya, pemeteraian MoU itu akan menjadi permulaan kepada kedua universiti untuk meningkatkan jalinan kerjasama dalam pelbagai bidang melibatkan akademik, penyelidikan dan aktiviti latihan.

 "Kerjasama ini juga menandakan bermulanya peluang bagi UUM dan PNU untuk meneroka sebarang potensi dalam bidang lain juga yang boleh memberi manfaat kepada kedua pihak.

 "Di UUM, kita juga menawarkan program latihan kepada kakitangan organisasi, bukan sahaja kepada pelajar dan penduduk Malaysia, malah di peringkat antarabangsa seperti Indonesia, Bangladesh dan India.

 "Sehubungan itu, UUM mengalu-alukan PNU jika ingin menggunakan perkhidmatan universiti ini untuk memberi latihan kepada staf dalam pelbagai bidang," ujarnya.

 Menurutnya lagi, penglibatan dalam penyelidikan bersama juga adalah salah satu agenda penting dalam setiap jalinan kerjasama yang diadakan.

 Tambah beliau, UUM percaya perkongsian pintar dalam pendidikan akan memberi manfaat kepada kedua-dua universiti yang mana membolehkan UUM dan PNU memanfaatkan kepakaran dan kekuatan akademik.

 "Selain itu, UUM dan PNU menerusi sokongan dari kerajaan negara masing-masing boleh bekerjasama dalam pembangunan industri halal yang semakin berkembang pesat.

 "Di samping usaha-usaha dalam penyelidikan dan inovasi, kedua-dua universiti juga boleh memulakan beberapa program strategik yang lain seperti pertukaran staf dan program mobiliti pelajar serta menggalakkan pertukaran dua hala dalam bahan-bahan penyelidikan, penerbitan, maklumat dan sokongan akademik," katanya.

 Sementara itu, Presiden PNU, Prof Madya Dr Rossukon Sangmanee berkata, pihaknya gembira dapat menjalinkan kerjasama dengan UUM yang terkenal dengan pencapaiannya.

 Ujarnya, PNU masih baharu dan perlu belajar pelbagai aspek dari UUM yang telah kukuh kedudukannya sejak lebih 30 tahun lalu dalam industri pendidikan tinggi.

 "Saya berharap kerjasama ini dapat meluaskan jaringan kerjasama dalam bidang pendidikan khususnya, selain membantu mempromosikan kedua-dua universiti," katanya.

SOG ONLINE: Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), UUM COLGIS telah mengambil langkah awal dalam memastikan SOG sentiasa berada dalam landasan yang tepat seiring dengan misi dan visi UUM menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka dengan menganjurkan Program Penerangan Hak Cipta Terpelihara Dan Paten dan Penerangan Jaringan Kerjasama antara Pusat Pengajian Kerajaan dengan Industri bersama Pusat Inovasi UUM dan Pusat Kerjasama Universiti – Industri (CUIC) pada 01 Ogos 2016 bertempat di Bilik Seminar UUM COLGIS. Seramai 30 orang staf akademik SOG telah hadir ke program tersebut.

Program separuh hari itu telah dimulakan dengan penerangan dan taklimat oleh Prof. Madya Dr. Razamin Bt. Ramli, Pengarah Pusat Inovasi UUM mengenai tugas dan tanggungjawab Pusat Inovasi dan peri pentingnya hak cipta terpelihara dan paten kepada semua. Kemudian, program diteruskan dengan penerangan mengenai tugas dan tanggungjawab CUIC yang telah diberikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Sobri bin Don @ A.Wahab, Pengarah CUIC.


Turut hadir ke program tersebut adalah penjawat utama CUIC dan penjawat utama SOG.

Program tamat pada pukul 5.10 petang.

Sekian.

==============================

Daripada: 

Pusat Pengajian Kerajaan

UUM College of Law, Government & International Studies

Universiti Utara Malaysia  │  06010 UUM Sintok, Kedah  │ Malaysia

Tel : 04-9287901/7906 │  Faks: 04-9287914  │ Email : colgis_ppk@uum.edu.my