All News

UUM-CelcomDigi Teroka Peluang Kerjasama

berita cuic celcomdigi

 

Oleh: Siti Nazirah Jaya

Gambar oleh: Lizayati Abu Hassan

 

SINTOK: Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) dan CelcomDigi Berhad baru-baru ini telah mengadakan perbincangan secara maya untuk meneroka kerjasama dalam penggunaan Metaverse.

Kerjasama ini bertujuan untuk membangunkan ‘Proof of Concept for Metaverse Solutions’ dan mencungkil bakat dalam kalangan pelajar dan staf universiti yang berpotensi dalam bidang tersebut.

pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata, sepanjang perbincangan itu, CelcomDigi Berhad telah menunjukkan minat yang besar untuk berkerjasama dengan UUM dalam membentuk ‘Proof of Concept for Metaverse Solutions‘ dan pembangunan bakat dalam Metaverse.

Menurutnya, kerjasama ini melibatkan kos komplimentari bernilai RM350,000 bertujuan untuk menggabungkan kepakaran dan sumber kedua-dua pihak bagi memacu inovasi dalam ruang Metaverse.

“Kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah merealisasikan potensi luas Metaverse dan menunjukkan komitmen intitusi pengajian tinggi awam dalam mengadaptasi teknologi di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

“Implikasi positif dari program ini dapat memberi peluang kepada pelajar dan staf universiti untuk menghasilkan konsep-konsep inovatif, mencipta peluang baru dan menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem Metaverse,” ujarnya.

Perbincangan ini telah dihadiri oleh Ketua Inovasi-Web 3.0 dan Metaverse, Datin Dr. Masdiana Sulaiman; Ketua Program Kelestarian dari CelcomDigi Berhad, Areehan Abdullah; Pengarah Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Universiti (UTLC), Prof. Madya Dr. Ts Izwan Nizal Mohd Shaharanee dan pegawai-pegawai kanan UUM lain.