All News

CUIC ANJUR KEMPEN KELESTARIAN ALAM SEKITAR

pic prog kelestarian alam sekitar 5.10.23

Bukit Kachi, UUM: Pemuliharaan alam sekitar merupakan usaha yang perlu dilaksanakan secara berterusan dan memerlukan sokongan bersama semua pihak. Kegagalan kita bagi menjaga dan memulihara alam sekitar pada masa lalu dan masa kini telah mengakibatkan berlaku pelbagai fenomena yang telah mula kita rasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Oleh itu, program Kempen Kelestarian Alam Sekitar ini dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk mengambil tindakan positif dalam melindungi alam sekitar serta alam semula jadi. Pelbagai program dan aktiviti dirancang untuk meningkatkan kesedaran warga UUM umumnya dan CUIC khususnya mengenai pentingnya pesekitaran yang sihat dan hijau dalam kehidupan.

Pihak CUIC memilih untuk berkunjung di kawasan Surau Batu Sungai, Bukit Kachi, Sintok, dan mendekati pengunjung kawasan peranginan tersebut dan menerangkan tentang pentingnya menjaga dan memulihara alam sekitar.

Rata-rata pengunjung memberikan respon yang sangat positif dan menyokong kempen ini dijalankan. Program yang berakhir pada pukul 10.30 pagi itu disertai oleh semua warga CUIC.