All News

Timba Ilmu Baharu Dalam Aplikasi Canva

gmbq berita bengkel canva

 

Bengkel Asas Penggunaan Aplikasi Canva yang telah diadakan pada 20 September 2023 dengan kehadiran 13 orang staf Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) bertempat di Bilik Eureka, CUIC. Bengkel ini adalah asas bagi penghasilan e-Poster dan infografik menggunakan aplikasi CANVA. Bengkel ini dikendalikan oleh En. Azizi Ariff (Pereka, Unit Komunikasi Korporat (UKK) dan En. Mohamad Hazman bin Mohamad Jamil (Penolong Pegawai Tadbir, UKK).

Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada staf CUIC mengenai penggunaan aplikasi Canva yang kini menjadi trend kepada kepada mana-mana jabatan dalam menghasilkan poster, banting, risalah, slaid pembentangan dan sebagainya dengan cara yang mudah, menarik dan kreatif berbanding dengan aplikasi sedia ada seperti Adobe Photoshop, Powerpoint dan seumpamanya.

Menerusi bengkel ini, staf CUIC didedahkan dengan pengetahuan asas mereka bentuk dan penggunaan ciri-ciri dan fungsi perisian Canva yang terkini. Menurut Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam (Pengarah CUIC), “Penganjuran bengkel seumpama ini secara tidak langsung membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan staf sekali gus memberi nilai tambah kepada staf dalam kerjaya,”.

Sepanjang bengkel ini diadakan, staf CUIC dapat meluaskan kreativiti dalam menghasilkan poster yang menarik dan berkualiti tinggi. Aktiviti amali bengkel telah memperlihat kemahiran staf menggunakan aplikasi Canva dalam menghasilkan poster dengan menggunakan teori infografik yang telah dipelajari.

Di samping itu mereka juga dapat memahami keperluan untuk mereka bentuk grafik, mengetahui bahan-bahan reka bentuk seperti teks, elemen, dan latar belakang, dan menghasilkan projek reka grafik yang menarik secara hands-on dan praktikal.