All News

Ceramah Pengurusan Stress Di Tempat Kerja

gmbq prog ceramah mental health

 

Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Ceramah Mental Health : Mental ke Ramadhan ni?  pada 28 Mac 2024 (Khamis) bertempat di Bilik Eureka, CUIC telah dihadiri oleh seramai staf CUIC bagi memastikan emosi staf lebih terjaga.

Objektif utama ceramah ini adalah untuk menjelaskan tanda dan gejala kesihatan mental, memahami senario tekanan (stress) dalam organisasi (tempat kerja) dan kehidupan serta kaedah menguruskannya untuk diaplikasi dalam kehidupan.

Penceramah jemputan adalah En Muhammad Noor Fitri Ahmad, Pegawai Psikologi Pusat Pembangunan Kerjaya (CDC) dan sesi ceramah ini diselang-seli dengan soal jawab dan komen balas daripada peserta yang memberi perhatian penuh kepada ceramah yang disampaikan.

Menurut Pengarah CUIC Prof. Dr Chandrakantan Subramaniam berkata “Program ini sangat memberi manfaat kepada staf CUIC dengan memberi pendedahan apakah itu stress, tahap stress dan cara-cara menangani stress. Diharapkan program seumpama ini boleh dijalankan pada masa akan datang.” Program ini juga seiring dengan seruan Pengurusan Universiti dalam membudayakan amalan gaya hidup sihat kepada semua staf.