26 Mei 2022 – Bertempat di Dataran Perdana UUM, satu aktiviti zumba anjuran Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah diadakan bermula jam 8.30 pagi.
Aktiviti Zumba Zombie ini disertai oleh staf CUIC dan juga staf dari jabatan Hal Ehwal Pelajar yang menginginkan gaya hidup yang sihat. Badan yang sihat sememangnya diakui boleh menjaminkan kesihatan yang lebih baik serta mampu menghindari dari bahaya stress.
Aktiviti ini tamat sekitar jam 9.15 pagi dan semoga aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Sekian.