All News

GOTONG ROYONG 5S MEGA CUIC 2022

pic prog 5s

 

Gotong-Royong 5S Mega CUIC 2022
 
Pada hari Khamis, 26 Mei 2022 yang lalu, telah diadakan aktiviti gotong-royong 5S yang melibatkan semua staf CUIC. Aktiviti ini bermula dari jam 9.30 pagi sehingga 3.30 petang di sekitar pejabat CUIC. Gotong-royong ini diadakan untuk mengekalkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja. Selain itu, Plantarium @CUIC turut dibersihkan dengan membuang tumbuhan liar, merapi tanaman yang ada serta menanam semula pokok baru.
 
Aktiviti 5S yang diamalkan secara konsisten ini dapat menyediakan ruang persekitaran kerja yang akan lebih menjadi mesra pengguna, teratur dan juga selamat. Ia juga dapat menambahkan keseronokan bekerja di kalangan staf dan memudahcarakan pengguna yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan di CUIC. Di samping itu, kerjasama secara berpasukan ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara staf.
 
Tamat.
Jom Amal 5S!