All News

CUIC BERSAMA MEMBANTU KE ARAH KAMPUS LESTARI

gtg ryg perdana

 

CUIC BERSAMA MEMBANTU KE ARAH KAMPUS LESTARI
 
14 Jun 2022 – Program Gotong Royong Perdana telah diadakan di sekitar Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) Pusat Konvensyen yang bermula pada jam 8.00 pagi itu melibatkan beberapa aktiviti antaranya pembersihan laluan, cermin Pejabat, longkang, papan tanda serta kawasan sekitar Pusat Konvensyen.
 
Menurut Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman, Pengarah CUIC, program gotong-royong ini dapat dijadikan sebagai aktiviti berkala setiap bulan yang mana berfungsi untuk mengeratkan ukhuwah di antara kakitangan sekali gus membersihkan dan mengindahkan kawasan kampus.
 
“Saya berharap ini aktiviti ini bukanlah sebagai _one off_ kita mengadakan aktiviti gotong-royong ini. Aktiviti seperti ini akan menjadikan kampus ini akan bertambah ceria dan dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan juga kakitangan,” ujar beliau semasa Majlis Perasmian Gotong-Royong Perdana.