All News

UUM KOMITED BANTU SEKOLAH DI KEDAH

JPN

 

 
CUIC-UUM: Satu mesyuarat bagi melaksanakan Program Komuniti Sekolah UUM@Kedah 2022 telah di adakan di Bilik Mesyuarat Jabatan Hal Ehwal Akademik, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dipengerusikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman, Pengarah Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC), UUM.
 
Program ini adalah kerjasama UUM dan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN) yang melibatkan Pusat Pengajian dan sekolah di Negeri Kedah. Turut hadir adalah pada mesyuarat tersebut adalah Encik Malek bin Abu Hassan, Timbalan Pengarah, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Tuan Haji Azizam bin Mohamad, KPPK Sekolah Jenis Khas, SPS, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Pengetua-Pengetua Sekolah atau wakil Pengetua Sekolah, Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Dr. Norizan Haji Azizan, Timbalan Pengarah Jaringan Industri, CUIC dan En. Muhammad Husaini Salleh, Timbalan Pengarah Jaringan Masyarakat CUIC.
 
Program ini yang diilhamkan oleh Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi membantu komuniti terutamanya sekolah-sekolah di Negeri Kedah. Program ini akan melibatkan Pusat Pengajian dan Inapan Siswa (INASIS) di UUM yang akan membantu dengan kepakaran yang ada untuk membangunkan sekolah-sekolah yang terpilih terutamanya sekolah di luar bandar.
 
Program ini adalah satu program khas UUM bagi tahun 2022 sebagai tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility-CSR) bagi membantu sekolah untuk memantapkan pengurusan dan kepimpinan sekolah, meningkatkan kualiti pengajaran, memaksimumkan potensi murid dan memperkukuh penglibatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan pihak berkepentingan lain.