All News

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA TADIKA KEMAS TAMAN UNIVERSITI

KEMAS2

 
CUIC-UUM, 30 Jun 2022- CUIC komited mengambil langkah dalam pelaksanaan dalam Pembentukan Sekolah Lestari yang bertujuan untuk membantu pelajar tadika dari peringkat bawah dalam usaha memperkukuhkan proses pelaksanaan pendidikan alam sekitar yang sedia ada.
 
Melalui program ini, elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan dalam kalangan pelajar Tabika Kemas Taman Universiti dan guru secara langsung dan komuniti setempat secara tidak langsung dengan mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.
 
Program ini turut diselitkan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh staf CUIC mengenai pendidikan dan kesedaran terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang memerlukan pengetahuan, kefahaman, perubahan sikap dan penglibatan masyarakat. Kesedaran Alam Sekitar ini mampu mewujudkan tadika sebagai bermulanya pusat kecemerlangan alam sekitar. Selain itu, ia turut berfungsi sebagai pusat pembelajaran dan pengajaran yang berupaya mempengaruhi dan mengubah sikap seluruh warga tadika dan komuniti ke arah kehidupan yang lestari.
 
Program ini telah bermula pada jam 10.00 pagi dan tamat kira-kira jam 12.00 tengahari dengan sesi tanaman pokok oleh pelajar tabika tersebut.