All News

PROGRAM KESEDARAN ALAM SEKITAR BERSAMA TADIKA KEMAS RISDA TANJUNG GENTING

kemas3

 

CUIC-UUM, 4 JULAI 2022 : Kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar yang harus dipupuk kepada kanak-kanak sejak di peringkat tabika telah mendorong Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) menganjurkan program Inovasi Alam Cilik yang berlangsung di Tadika Kemas Risda Tanjung Genting.
 
Penaung Tadika, Cikgu Norhusalawati Hussin, berkata program yang membabitkan penyertaan seramai 24 kanak-kanak tadika bertujuan memupuk kesedaran mengenai alam sekitar melalui pengisian berbentuk kreativiti dan inovasi berasaskan barangan terpakai yang boleh dikitar semula serta kaedah penanaman pokok serta siraman menggunakan auto plan self watering device.
 
"Kita rasakan program sebegini dapat memberi impak positif baharu dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak di mana mereka tidak sekadar belajar melalui pengisian sewaktu di dalam kelas sahaja, namun turut membabitkan aktiviti kokurikulum di luar kawasan tadika selain menghadirkan keterujaan untuk kanak-kanak terbabit.
 
Program ini turut diselitkan dengan kehadiran tenaga pakar yang turut menggelarkan dirinya sebagai “Aunty Chom” yang memberi taklimat bagi mengasah kreativiti dan melakukan inovasi berkaitan alam sekitar khususnya barangan terpakai seperti surat khabar lama yang dipupuk sejak kecil sedikit sebanyak dapat memupuk kesedaran dan kecintaan mengenai penjagaan alam sekitar yang impaknya bakal mereka rasai di masa mendatang.