All News

UNCLE JOE BERKONGSI PENJAGAAN ALAM SEKITAR BERSAMA ANAK-ANAK TADIKA KEMAS TAMAN MERANTI, CHANGLUN

kemas tmn meranti

 

UNCLE JOE BERKONGSI PENJAGAAN ALAM SEKITAR BERSAMA ANAK-ANAK TADIKA KEMAS TAMAN MERANTI, CHANGLUN
 
Pendidikan kesedaran alam sekitar wajar dilaksana di peringkat awal usia kanak-kanak agar mampu membentuk generasi baharu yang cintakan alam sekitar. Pusat Kerjasama Universiti Industri (CUIC) dengan kerjasama Tabika KEMAS Kubang Pasu telah mengadakan satu program berkenaan mengenai penjagaan alam sekitar pada 6 Julai 2022 (Rabu).
 
Matlamat program adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak mengenai penjagaan alam sekitar serta mampu membentuk kumpulan pelajar yang peka tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Program ini memfokuskan aspek pendidikan dan kesedaran yang memberi kefahaman tentang konsep kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari, selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Taklimat ringkas telah diberikan oleh En. Muhammad Husaini Salleh, Timbalan Pengarah CUIC dan diikuti dengan acara tanam pokok yang dikendalikan oleh staf CUIC.
 
“Diharapkan kanak-kanak mampu menceritakan kembali dan mengingati apa yang telah mereka pelajari berkaitan alam sekitar di tadika dan dengan itu serba sedikit maklumat yang diajar sampai kepada ibu bapa seterusnya bertanggungjawab mengajar amalan seharian yang tidak mencemarkan atau mengotorkan alam sekitar”, ujar Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman Pengarah Pusat Kerjasama Universiti (CUIC).
 
Sekian.