CUIC-UUM, 7 Julai 2022- Penting untuk mendedahkan generasi muda terhadap isu alam sekitar lebih awal memandangkan mereka merupakan masa hadapan negara.
Justeru, selaras dengan pendekatan tersebut CUIC telah mengambil langkah dalam dengan mengadakan Program Kesedaran Alam Sekitar yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan peranan mereka sebagai penjaga alam sekitar.
Pendidikan persekitaran ini mewujudkan peluang kepada para pelajar untuk menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka melalui pembelajaran berasaskan pengalaman selain meneroka penyelesaian yang dapat menangani isu dunia sebenar. Mereka kemudiannya dapat menghayati nilai-nilai kelestarian alam sekitar ini dengan membawanya pulang ke rumah dan kepada masyarakat.
Selain memberi taklimat yang disampaikan oleh wakil CUIC yang menggelarkan diri mereka sebagai “Uncle Joe” dan “Auntie Chom” tentang usaha Pendidikan Alam Sekitar dan Kelestarian Alam Sekitar yang kepada tadika itu, CUIC turut berkesempatan berinteraksi dengan guru dan pelajar sebelum menanam pokok sebagai penutup program tersebut.