All News

PROGRAM ”BAKUL MAKANAN” SEMAI SEMANGAT KELUARGA MALAYSIA

bakul 222

 

CUIC-UUM :  Kira-kira 50 keluarga daripada Kampung Seberang Pumpong dari golongan berpendapatan rendah (B40) menerima sumbangan bakul makanan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini. Proses pengagihan sebanyak 50 buah bakul makanan telah berjaya diserahkan kepada 50 orang asnaf yang sudah dikenal pasti turut mendapat kerjasama Ahli Jawatankuasa Kampung tersebut. Program ini penting bagi menterjemahkan komitmen kerajaan melalui Universiti Utara Malaysia untuk membantu penduduk kamoung bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Agihan bakul makanan kepada keluarga B40 yang masing-masing menerima barang keperluan harian seperti makanan dan keperluan dapur. Sumbangan bakul makanan tersebut merupakan salah satu inisiatif UUM sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Kedah.

Program sumbangan ini telah berlangsung selama 2 hari yang melibatkan seramai 13 orang staf CUIC, 10 orang sukarelawan UUM dan 10 orang Ahli Jawatankuasa Kampung Seberang Pumpong turut serta bersama-sama mengagihkan sumbangan ini.

Menurut Tuan Haji Harun yang merupakan AJK Kebajikan Masjis Al-Hussain Kampung Seberang Pumpong, beliau dan penduduk kampung sangat bersyukur di atas keprihatinan UUM dalam memberikan sumbangan ini. Program sumbangan ini sebegini sememangnya sangat dialukan serta sedikit sebanyak membantu penerima dalam mengurangkan beban hidup. “Terima kasih kepada pihak UUM kerana sudi memberi bantuan kepada penduduk kampung ini”, ujarnya lagi.

Sementara itu, Pengarah CUIC Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman turut berharap agar program seumpama ini akan menjadi program tahunan CUIC selaras dengan hasrat universiti sebagai salah satu usaha membangunkan komuniti setempat dalam pelbagai sektor dapat dicapai.