All News

MAJLIS BACAAN YASIN BERSEMPENA MENYAMBUT BULAN RAMADAN DAN STAF MENUNAIKAN IBADAH UMRAH SERTA MERAIKAN PERSARAAN TIMBALAN PENGARAH JARINGAN INDUSTRI

gmbq prog bacaan yassin

 

CUIC-UUM: Tahun ini Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) mengadakan Majlis Bacaan Yasin bersempena menyambut Bulan Ramadan yang bakal tiba sebagai tanda kesyukuran kerana dengan kehadiran bulan Ramadan iaitu bulan yang mulia untuk umat Islam menjalani Ibadah Puasa.

Majlis bacaan Yassin yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Azhar Bin Ahmad dari Pusat Islam yang dihadiri staf CUIC.

Ramadan datang saban tahun bagi membuka peluang kepada umat Islam melipat-gandakan amalan selain mengharap rahmat dan keampunan-Nya.

Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan bacaan Yassin dan tazkirah ringkas. Setelah itu, majlis diteruskan acara penyerahan buah kurma sumbangan Pengarah CUIC sempena Ramadhan Al-Mubarak kepada staf CUIC.

Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman, Pengarah CUIC berpesan supaya staf CUIC merebut peluang memperbanyakkan ibadah, berinfak dan membantu golongan yang memerlukan di bulan Ramadan yang akan datang menerusi program ‘CUIC Berkongsi Rezeki’.

Majlis bacaan Yassin ini juga diadakan untuk Pn Che Noriza Hashim staf CUIC yang akan berangkat menunaikan umrah pada 19 Mac 2023.

Semoga Pn Che Noriza dapat menunaikan umrah dengan mudah dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah S.W.T sewaktu beliau di sana. Seluruh warga CUIC mendoakan agar Pn Che Noriza mendapat Umrah  yang Mabrur dan selamat kembali ke tanah air.

Majlis ini berakhir dengan meraikan Dr. Norizan Haji Azizan, Timbalan Pengarah Jaringan Industri yang bakal bersara pada April 2023 setelah mencurahkan khidmat bakti dan sumbangan kepada Universiti Utara Malaysia (UUM).

Pada majlis tersebut, Dr. Norizan berkongsi pengalaman beliau sepanjang berkhidmat di CUIC dan UUM.

Satu tayangan video diadakan sewaktu majlis berkenaan berjalan yang mana memuatkan gambar-gambar beliau sepanjang perkhidmatan beliau bersama pasukan Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC).