CUIC-UUM: Bubur lambuk yang juga sinonim dengan kedatangan Ramadan menjadikan juadah ini sebagai pilihan makanan untuk diagihkan kepada orang ramai buat juadah berbuka puasa.
Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman berkata, tujuan mengedarkan bubur lambuk adalah berkongsi rezeki dengan penduduk sekitar Changlun.
“Alhamdulillah, syukur semua berjalan dengan lancar, dari proses memasak hingga proses edaran dan makanan dapat diberikan kepada, penduduk setempat di sekitar Changlun menerusi Program CUIC Berkongsi Rezeki- Ramadan 1444H.
Program yang dianjurkan ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga UUM dan masyarakat setempat.
Staf CUIC dan Pusat Islam UUM telah bersama-sama membantu memasak dan seterusnya membungkus bubur lambur untuk diedarkan.
Program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang kerana dengan adanya program sebegini selain dapat mengimarahkan bulan Ramadan itu sendiri, menerusi program begini juga dapat mengukuhkan lagi semangat kerjasama warga UUM dan komuniti setempat.