All News

MAJLIS PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS PENGARAH PUSAT KERJASAMA UNIVERSITI-INDUSTRI (CUIC)

Majlis serah tugas

 

CUIC, UUM: 2 Mei 2023, Satu Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Pengarah Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), telah dianjurkan di Bilik Eureka, CUIC bermula pada jam 10.00 pagi.

Mantan Pengarah CUIC Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman yang telah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula 1 Februari 2022 sehingga 30 April 2023, menyerahkan nota serah tugas kepada Pengarah CUIC baharu iaitu Profesor Dr. Chandrakantan Subramaniam yang mula bertugas pada 2 Mei 2023.

Dalam ucapannya, Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman mengucapkan tahniah kepada pengarah baru atas lantikan yang diterima beliau dan berharap agar Profesor Dr. Chandrakantan dapat membawa prestasi CUIC ke peringkat seterusnya. Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman juga mengambil kesempatan didalam ucapannya untuk berterima kasih atas kerjasama dan memohon maaf kepada seluruh warga CUIC jika ada salah dan silap sepanjang perkhidmatanya.

“Terima kasih kepada semua kakitangan CUIC kerana banyak membantu, memberi semangat serta kerjasama yang penuh dalam menjayakan satu-satu tugasan dan program yang dianjurkan. Semoga kerjasama ini dapat dipanjangkan kepada pengarah baru agar CUIC akan terus maju jaya.” Ujarnya

Profesor Dr. Chandrakantan Subramaniam pula dalam ucapannya ada meluahkan rasa berbesar hati kerana dilantik sebagai Pengarah CUIC baharu. Beliau berharap dapat  meneruskan perancangan dan mengukuhkan lagi struktur pentadbiran CUIC supaya pihak CUIC akan dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan Prof. Madya Dr. Siti Zubaidah Othman menandatangani dan seterusnya penyerahan Nota Serah Tugas kepada Profesor Dr. Chandrakantan Subramaniam Pengarah CUIC. Majlis ini telah dihadiri semua warga CUIC dan disusuli dengan sesi bergambar kenang kenangan.