All News

SESI INTERAKSI TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) BERSAMA WARGA KERJA CUIC

pic lawatan tncpi 6.6

 

CUIC-UUM: Lawatan sulung Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof. Dr. Russayani Ismail ke Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah diadakan pada 6 Jun 2023 (Selasa) bertempat di Bilik Eureka, Pusat Konvensyen.

Sesi Taklimat ringkas berkenaan fungsi, hala tuju dan cabaran Pusat Kerjasama Universiti-Industri telah disampaikan oleh Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam Pengarah CUIC dan dihadiri oleh semua staf. “Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh CUIC adalah pemantapan tadbir urus, sistem pengkalan data, kelestarian kewangan dan fasiliti” menurut Prof. Dr. Chandrakantan.

Prof. Dr. Russayani berkata “Dalam menghasilkan citra yang lebih komprehensif, pandangan helikopter (helicopter view) perlu dilaksanakan oleh CUIC iaitu melihat suatu hal dari semua sisi iaitu industri dan komuniti.”

Selain itu, CUIC perlu memperkukuhkan tadbir urus yang lebih mantap bagi peningkatan kecekapan dalam menjalankan operasi di CUIC.

Majlis diakhiri sesi beramah mesra antara Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dengan staf Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) serta lawatan TNC PI ke pejabat Bahagian Jaringan Industri dan Komuniti.