CUIC ONLINE: Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC), telah mengorak satu langkah ke hadapan dengan mengadakan kerjasama strategik bersama pihak Northern Corridor Implementation Authority (NCIA).
Dalam beberapa siri perbincangan bersama kedua-dua pihak, antara rangka kerjasama yang telah putuskan adalah kerjasama melibatkan environmental, social and governance (ESG) yang melibatkan pusat kecemerlangan Inst. for Strategic & Sustainable Accounting Development; berkaitan pengurusan risiko pula melibatkan pusat kecemerlangan UUM Institute of Risk Management - UUM IRM dan akhir sekali melibatkan program komuniti yang melibatkan pusat kecemerlangan Institute for Psychotherapy, Correctional & Rehabilitation.
Bagi merealisasikan usahasama ini, Pusat Kerjasama Universiti - Industri (CUIC) juga mengambil inisiatif bagi memeterai memorandum persefahaman (MoU) diantara UUM dan NCIA.
Pengarah, Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) Yang Berusaha Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata “Kerjasama ini menekankan komitmen CUIC dan NCIA untuk menyatukan akademia dan industri, dengan matlamat bersama untuk mendorong pembangunan profesional dan pertumbuhan dalam sektor Korporat,”
Seiring dengan objektif perbincangan, kerjasama ini dijangka menghasilkan kerjasama dua hala yang bakal memanafaatkan kedua-dua institusi.
Sementara itu, , Encik Mohamad Shahrul, Risk Manager Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan tenaga akademik UUM khususnya pihak Inst. for Strategic & Sustainable Accounting Development dan UUM Institute of Risk Management - UUM IRM bagi membina dan melaksanakan modul latihan yang sesuai dengan keperluan khusus NCIA.
Sesi perbincangan secara maya itu turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah (Jaringan Industri), CUIC, Dr. Normalisa Md Isa, Encik Mohamad Shahrul, Risk Manager Northern Corridor Implementation Authority (NCIA), Dr. Habibah bt. Tolos, Pengarah UUM Institute of Risk Management, Prof. Madya Dr. Mariny Binti Abdul Ghani, Pengarah Institute for Psychotherapy, Correctional & Rehabilitation dan Prof. Madya Dr. Azharudin bin Ali, Pengarah Inst. for Strategic & Sustainable Accounting Development (ISSAD).