All News

HEALTH WALK TITIK MULA PENINGKATAN KESIHATAN FIZIKAL DAN MENTAL WARGA CUIC

PIC PROG HEALTH WALK

CUIC-UUM: Satu program dianjurkan oleh Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) iaitu Program Health Walk: Jom Jalan-Jalan Jelajah Pusat Konvensyen yang melibatkan semua semua staf CUIC pada 2 Julai 2024.

Objektif program kesihatan ini adalah untuk memupuk semangat untuk staf CUIC menjaga kesihatan disamping memberi kesedaran bahawa tidak semestinya kita perlu bersenam dengan cara dan tempat yang konvensional. Jadikan persekitaran kita peluang untuk kita bersenam dan ubah gaya hidup.

Selain itu, aktiviti sukan dan senaman berkesan dalam mengawal paras gula dalam darah, terutama bagi individu yang menghidap diabetes atau berisiko tinggi menghidap penyakit ini. Semasa bersenam, otot-otot menggunakan lebih banyak glukosa sebagai sumber tenaga. Ini membantu mengurangkan jumlah glukosa dalam darah.

Prof Chandrakantan Pengarah CUIC berkata, “Senaman juga boleh membantu mengurangkan tekanan, memperbaiki mood, dan meningkatkan kualiti tidur. Faktor-faktor ini turut menyumbang kepada kawalan gula dalam darah yang lebih baik”.

Program yang berlangsung itu tamat pada pukul 11.00 pagi setelah semua staf berjaya berjalan sejauh 5 kilometer mengelilingi Pusat Konvensyen dan sekitarnya.