PULAU PINANG : Staf Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah mengadakan lawatan penanda aras di Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini. Delegasi CUIC diketuai Pengarah, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam disambut baik oleh Ketua Penolong Pendaftar USM, Encik Mohd Faizal Bin Md Osman dan Pengarah Pejabat Jaringan Industri, Profesor Madya Dr. Shaizatulaqma Binti Kamalul Ariffin bersama staf mereka daripada Bahagian Jaringan Industri Dan Masyarakat (BJIM), USM.
Prof. Dr. Chandrakantan berkata, lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengurusan perkhidmatan di CUIC, di samping mengukuhkan hubungan dengan universiti awam yang lain. Sepanjang lawatan ini berlangsung banyak idea dan perkongsian yang diberikan oleh kedua-dua universiti.
Program CUIC diteruskan dengan mengadakan Bengkel Hala Tuju Dan Semakan Semula Pelan Strategik CUIC di Hotel Bayview Resort. Bengkel tersebut dianjurkan supaya semua staf CUIC dapat mencapai kesepakatan berkaitan hala tuju CUIC dengan memastikan semua staf mempunyai pemahaman yang sama mengenai visi, misi dan objektif CUIC.
Menurut pengarah CUIC, bengkel hala tuju dan semakan mula Pelan Strategik bagi tahun 2025 amatlah penting dijalankan bagi merancang aktiviti yang membantu mencapai KPI jabatan dan memaksimumkan potensi dan kualiti kerja CUIC. ‘Perancangan yang teliti membantu kita mencapai sasaran yang ditetapkan dan sentiasa peka tentang aktiviti yang perlu dilaksanakan’ ujarnya lagi.